Lifestyle, Uncategorized

We got Featured in HerInspirasi.com by Jelita!

We were so excited when we received this article, thank you Jelita for the write-up.

Here are the screenshot clips of the article:

BUAT SENDIRI SABUN DAN LOSYEN DENGAN CRAFTIVITI

Semua bahan kraftangan dan DIY ada di sini FASHION & BEAUTY JELITA SEPTEMBER 22, 2019 by NUR SOFEA

“Penjagaan diri” telah menjadi satu trend untuk beberapa tahun ini. Anda boleh lihat kata ini di mana sahaja sama ada di Internet atau artikel di dalam majalah. Penjagaan diri ini termasuklah dengan aktiviti yang anda lakukan untuk meningkatkan kesihatan mental, fizikal dan emosi. Bagi sesetengah orang, ia boleh dilakukan dengan yoga atau menghabiskan masa dengan bersantai dalam alam semula jadi dan mungkin ada juga yang suka memanjakan diri dengan bath bomb, mandi buih dan juga memakai topeng wajah.

Antara produk penjagaan diri yang menjadi kegemaran ramai adalah lilin wangi, topeng muka dan bath bomb. Bahkan laman sosial Instagram sering dipenuhi dengan foto bath bomb yang berwarna-warni, swafoto dengan topeng muka organik dan banyak lagi produk penjagaan diri semula jadi yang lain.

Carian di Instagram akan menunjukkan bahawa ada 17.6 juta tanda pagar selfcare, 2.2 juta tanda pagar bath bomb dan ratusan ribu tanda pagar yang berkaitan dengan penjagaan diri.

Kini, terdapat pelbagai produk penjagaan diri yang menggunakan bahan organik mula mendapat tempat di hati pengguna namun bagaimana jika anda boleh buat sendiri sabun atau losyen anda sendiri? Aktiviti seperti ini dapat mewakili ekspresi diri, kreativiti dan kesedaran dan dapat membawa perubahan dalam kehidupan harian anda. Ini adalah apa yang Crativiti, satu perhentian untuk penjagaan peribadi diy dan kedai bahan kraftangan terapeutik cuba untuk sampaikan.

Terletak di Petaling Jaya, Craftiviti membolehkan sesiapa sahaja untuk berkarya dan membuat sendiri barangan yang diingini dan disesuaikan dalam apa juga bentuk, ramuan, bau dan warna yang anda mahukan dalam produk diy seperti lilin, sabun, bath bomb, losyen, bibir balsem, lilin cair, dekorasi meja, hiasan gantung atau penyegar udara dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.

Bagi anda yang baru menjinakkan diri dalam dunia kraf tangan, mungkin akan rasa takut apabila melangkah ke kedai Craftiviti kerana bilangan dan jenis produk yang pelbagai tetapi jangan risau, penasihat kraf akan sentiasa bersedia untuk membantu dan menawarkan nasihat kepada anda.

Selain itu, Craftiviti juga datang dengan kotak Kraf Kuning iaitu satu siri kit kraf mudah yang dikeluarkan setiap dua bulan untuk mereka yang tidak pasti bahan apa yang diperlukan untuk membuat produk yang diingini.

Lebih menarik, Craftiviti juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menjadi tuan rumah kepada bengkel mingguna seperti bengkel pembuatan lilin, bengkel membuat sabun, bengkel tanah liat dan banyak lagi bengkel menarik di ruang acara, Think at Dua sebagai cara yang menyeronokkan untuk anda yang baru menceburi dunia kraf tangan untuk mula mencipta dalam komuniti kreatif di sekeliling anda.

To read full article, click here.

Leave a Reply